Isnin, 16 September 2013

Demam UPSR

Khamis yang lalu.. 12 September 2013.. tarikh keramat yg ditunggu semua murid-murid Tahun 6 seluruh Malaysia.. Dah habis dah UPSR.. tinggal debaran menanti keputusannya sahaja... Cikgu-cikgunya yg lelebih takut hehehe almaklumlahkan prestasi peribdi dan prestasi sekolah bergantung pada peperiksaan ini..(bg sekolah rendah). Cikgu ucapkan selamat mendapat 5A.. semua usaha dah dijalankan.. tinggal tawakal dan berdoa memohon rahmat Allah. supaya dapat anak-anak ini membahagiakan hati ibu bapa dan guru-guru mereka... dengan kejayaan mereka. Insyallah.

Minggu ini, dalam blur-blur.. nak buat apa untuk program pasca-UPSR.. Panitia nak buat apa?... Terus terang panitia yg hanya mempunyai member 2 org nie.. nak buat apa? sibuk dgn tahun2 yg lain pulak... kalau ada pun nak buat pertandingan Spell it Right jer kot... bagi saya.. murid-murid perlu didedahkan kpd ilmu ICT.. krn di sekolah ini tidak mempunyai makmal komputer.. skill dan ilmu tentangnya teramatlah kurang.. bayangkan mereka masih tak tau macam mana nak padam perkataan yg salah tak tau download dan upload... apatah lagi nak buat presentation power point...

Apapun diserahkan kpd kebijaksanaan Cikgu Sharipah..

Adios... Wslm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan